Monday, September 1, 2008

Sebelum Pengisytiharan Kemerdekaan

Pilihan Raya umum yang pertama ditandatangani pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara dibawah pimpinan Dato' Onn Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO_MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut. Parti perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa 3 minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.

Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komenwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagan Komenwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusikan oleh Lord Reid dari Britain terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komenwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.

Bendera Union jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 30 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.